Skip to main content

Berikan Makanan Bernutrisi Untuk Anak


Memberikan makanan yang bernutrisi kepada anak-anak kita bukanlah suatu perkara yang sukar. Ia tidak memakan belanja yang mahal.
Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah MENUKAR CORAK PENYEDIAAN MAKANAN yang biasa kita berikan kepada anak-anak. Malah ia lebih menjimatkan kerana kita tidak terlalu bergantung kepada makanan yang telah diproses, dibungkus dan dijual di pasaraya besar. Kita boleh menyediakan dalam harga yang lebih murah dan kuantiti yang lebih banyak.
Untuk mengubah corak penyediaan makanan, ibu bapa harus mendapat infomasi yang betul mengenai pemakanan. Ramai ibu bapa yang suka melihat anak mereka makan banyak ketika waktu sedang makan, tetapi dalam pada masa yang sama terlupa bahawa makanan yang diberikan mungkin tidak bernutrisi.
Kita selalu ghairah melihat kuantiti makanan yang dimakan tetapi lupa tentang kualiti yang anak-anak kita makan.
Biarlah anak kita makan makanan yang lengkap dengan karbohidrat yang tidak berproses (karbo kompleks), protein, minyak sihat dan air kosong.
Jangan pandang remeh dengan pemakanan yang dimakan oleh anak-anak kita. Ia akan memberikan kesan selepas 10-15 tahun. Ia menentukan sama ada anak kita menjadi sihat atau menjadi sakit.
Malang bagi kanak-kanak ini jika ibubapa tidak mengetahui cara pemakanan yang sihat. Biasanya obesiti berlaku apabila kanak-kanak mengambil banyak makanan dari kumpulan refined carbo (karbohidrat yang ringkas). Makanan yang manis akan menggalakkan kanak-kanak akan makan dengan banyak dan menjadi 'ketagihan'.
Cadangan untuk menggalakkan makanan bernutrisi sihat kepada anak-anak.
1. Makan hanya di meja makan pada waktu yang ditetapkan.
Elakkan budaya mengunyah sepanjang masa sama ada di depan televisyen atau ketika beraktiviti bersama keluarga. Biarkan anak betul-betul lapar dan sediakan makanan yang berkhasiat. Memberikan biskut dan roti sebelum waktu makan akan menyebabkan kanak-kanak itu tidak mahu makan ketika waktu makan dan mengulang makan jajan yang tidak berkhasiat.
2. Berikan sarapan dan beri makan semula waktu makan tengahari.
Kebanyakan kanak-kanak tidak berselera untuk makan tengahari setelah makan sebelum tibanya waktu makan tengahari. Mereka mengunyah makanan seperti biskut dan roti mungkin akan mengganggu selera anak. Bila tengahari, terus berikan makanan yang berkhasiat.
3. Jangan simpan jajan, air berkarbonat, air kotak dalam rumah. Bila anak haus galakkan minum air kosong atau air mineral.
4. Kek dan makanan segera lain tidak seharusnya masuk dalam rumah. Boleh makan sesekali di luar untuk meraikan kejayaan anak, tetapi jangan jadikan ia amalan di dalam rumah. Bersihkan peti sejuk dari minuman manis dan tidak berkhasiat.
5. Jauhkan makanan yang telah diproses (process food) kerana ia akan mengganggu selera anak pada daging (protein) yang dimasak. Sosej, burger dan seumpamanya tidak sesuai untuk kanak-kanak. Biasakan berikan daging ayam yang digoreng atau dimasak sendiri. Daging lembu dan ikan juga merupakan sumber protein yang baik.
6. Latih anak kita minum air suam secukupnya. Bawa bekal untuk anak dengan air kosong, sekurang-kurangnya satu liter. Ini akan memastikan anak akan cegas dan tidak mengantuk di sekolah.
7. Bersarapan dengan lemak sihat seperti telur dan minyak zaitun Olivie. Satu sudu kecil minyak zaitun Olivie untuk anak yang bersekolah adalah penting memastikan anak mempunyai bekalan tenaga yang diperlukan.
Jom kita ubah gaya pemakanan kita dan keluarga kita. Berikan satu sudu kecil minyak zaitun OLIVIE kepada anak-anak setiap hari agar mereka bertenaga, sihat dan bersemangat.
Sesudu nikmat sebesar manfaat.



Comments

Popular posts from this blog

Minyak Zaitun Olivie 30x sebagai pelembap semulajadi Eczema

Masalah kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan yang melampau pada penghidapnya. Eczema, juga dikenali sebagai dermatitis, merupakan masalah yang menyebabkan kulit menjadi panas, kering, gatal dan bersisik. Antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada Eczema ini termasuklah: •Pemakanan tidak sihat (mengandungi perasa, pewarna, pengawet) •Penggunaan sabun •Keadaan cuaca yang panas •Kuat berpeluh •Air berklorin tinggi Dalam kes yang agak teruk, kulit penghidap Eczema akan menjadi terlalu merah dan boleh berdarah. Minyak zaitun berperanan sebagai pelembap semulajadi yang dapat melegakan kulit kering dan keradangan.  Jadikan minyak zaitun Olivie 30x sebagai losyen. Sapu losyen tersebut pada bahagian kulit yang kering. Minyak Zaitun Olivie 30x membantu memulihkan kulit dengan baik kerana ia mengandungi Hydroxytyrosol tahap antioksida yang tinggi dan bersifat anti-radang. Pastikan anda guna minyak zaitun Olivie 30x dalam rutin harian anda untuk dapatkan kulit yang sihat dan

Dapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat Dengan Minyak Zaitun

Cantik Alami Dengan Minyak Zaitun Olivie  1. Mengatasi parut Parut terjadi apabila permukaan kulit luka, kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Parut yang jelas akan mengurangkan tahap keyakinan seseorang. Minyak zaitun membantu memulihkan sel kulit rosak dan membantu menjana pembentukan sel kulit baru.Tuang minyak zaitun Olivie 30X sedikit ke tapak tangan. Sapu pada bahagian parut. Boleh dibiarkan semalaman dan cuci keesokan paginya. 2. Makeup remover Minyak zaitun Olivie 30X boleh digunakan untuk membersihkan makeup di wajah dan ia bebas dari bahan kimia. Anda hanya perlu membasahi kapas dengan sedikit minyak zaitun dan mengoleskannya ke makeup yang susah dihilangkan. Dijamin makeup anda akan segera bersih dari wajah. Selain menghilangkan makeup dengan baik ternyata minyak zaitun Olivie 30X ini dapat melembapkan kulit yang selama seharian tertutup dengan makeup. 3. Menghilangkan kelemumur Kelemumur berpunca daripada kulit kepala mengelup