Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Madu Kyrgyzstan Kategori Granulated Honey

Madu Kyrgyzstan Kategori Granulated Honey

Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan. Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal, lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana. Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga, jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain. Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan 1. Ratio glukosa dan fruktosa Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur 2. Kandungan air dalam madu Kandungan air dalam madu adalah dari 15%