Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Berikan Makanan Bernutrisi Untuk Anak

Berikan Makanan Bernutrisi Untuk Anak

Memberikan makanan yang bernutrisi kepada anak-anak kita bukanlah suatu perkara yang sukar. Ia tidak memakan belanja yang mahal. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah MENUKAR CORAK PENYEDIAAN MAKANAN yang biasa kita berikan kepada anak-anak. Malah ia lebih menjimatkan kerana kita tidak terlalu bergantung kepada makanan yang telah diproses, dibungkus dan dijual di pasaraya besar. Kita boleh menyediakan dalam harga yang lebih murah dan kuantiti yang lebih banyak. Untuk mengubah corak penyediaan makanan, ibu bapa harus mendapat infomasi yang betul mengenai pemakanan. Ramai ibu bapa yang suka melihat anak mereka makan banyak ketika waktu sedang makan, tetapi dalam pada masa yang sama terlupa bahawa makanan yang diberikan mungkin tidak bernutrisi. Kita selalu ghairah melihat kuantiti makanan yang dimakan tetapi lupa tentang kualiti yang anak-anak kita makan. Biarlah anak kita makan makanan yang lengkap dengan karbohidrat yang tidak berproses (karbo kompleks), protein, minyak s