Skip to main content

"Fatburner" Semulajadi? - Ketahui bagaimana gabungan minyak zaitun Olivie Plus 30X dan cuka buah Teen berfungsi.

Rata-rata dikalangan kita mula mencari sesuatu yang boleh membantu proses menguruskan berat badan dan proses membakar lemak setelah makan macam-macam. Sehinggakan makanan-makanan begini digelar sebagai “fatburner”. Kerana ia memainkan peranan dalam proses badan membakar lemak ataupun kalori dari badan.

Selain daripada pengambilan makanan tinggi protein dan peningkatan aktiviti membakar kalori, pengambilan minyak zaitun Olivie Plus 30X lemak sihat dari jenis mono-usaturated fats (MUFA) juga dapat membantu proses membakar lemak.
Ini kerana MUFA akan menjadikan seseorang berasa kenyang lebih lama (1). Dalam masa yang sama ianya dapat merendahkan hormon insulin iaitu hormon yang menggalakkan penyimpanan lemak.
Minyak zaitun asli seperti Olivie Plus 30X antara kumpulan minyak yang mengandungi tinggi nilai MUFA. Terdapat kajian menunjukkan minyak zaitun asli dapat membantu menurunkan triglyceride, meningkatkan kolestrol baik HDL dan merangsang pelepasan GLP-1, salah satu hormon yang membantu menjadikan seseorang berasa kenyang (1).
Ada juga beberapa kajian menunjukkan minyak zaitun meningkatkan kadar metabolik dan menggalakkan pembakaran lemak (2,3,4).
Namun proses pembakaran lemak badan ini tidak akan efektif sekiranya tabiat pemakanan dan amalan gaya hidup sihat secara holistik tidak diamalkan.
Antara perkara utama yang masih ramai belum ketahui adalah tentang pengambilan karbohidrat. Karbohidrat merupakan salah satu nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Bahasa mudahnya adalah, badan akan membaca karbohidrat sebagai gula. Gula ini diuraikan untuk membekalkan tenaga dalam kuantiti yang diperlukan manakala selebihnya akan disimpan sebagai lemak.
Karbohidrat yang baik adalah dari sumber yang mempunyai serat iaitu yang dipanggil complex carbo. Seperti beras perang, roti wholemeal dan banyak lagi. Apa yang perlu dielakkan adalah refined carbo seperti nasi putih, minuman manis, kuih muih, biskut dan banyak lagi. Karbohidrat jenis ini telah dibuang serat dan telah hilang vitamin dan mineral semulajadinya.
Refined carbo sangat cepat ditukar menjadi gula dan jumlah yang berlebihan sudah tentu akan tersimpan sebagai lemak. Ini akan membawa kepada risiko obesiti dan juga penyakit kardiovaskular dalam jangka masa panjang.
Bagi yang sedang fokus untuk membakar lemak dan menguruskan berat badan haruslah memilih sumber karbohidrat, kuantiti dan waktu makan yang betul. Selain daripada itu, makanan berproses dan makanan segera juga perlulah dielakkan.
Dalam masa yang sama aktiviti senaman dengan cara yang betul juga adalah perlu bagi membantu proses pembakaran lemak secara keseluruhan.
Menariknya tentang minyak zaitun Olivie Plus 30X ini adalah ianya juga dikenali sebagai lemak paling sihat dengan kehadiran bahan semulajadi yang bersifat antioksida, dan anti-keradangan. Selain daripada itu, pengambilan cuka buah Teen juga dikaitkan dengan proses menguruskan berat badan. Ianya dikategorikan sebagai minuman probiotik yang membantu mengawal selera makan dan gula dalam darah. Pastikan anda memilih cuka buah semulajadi dan mengandungi “mother”.
Tidak hairanlah ada yang menjadikan minyak zaitun Olivie Plus 30X dan minuman cuka buah Teen sebagai salah satu sinergi makanan fatburner dalam usaha membakar lemak dan menguruskan berat badan.
Dapatkan Minyak Zaitun Olivie Plus 30X dan cuka buah Teen di Aafiyat Store Bukit Beruntung berdekatan anda.

Minyak Zaitun Olivie Plus 30X
Cuka Buah Teen
Hubungi kami di talian

Alamat
Aafiyat Store Bukit Beruntung
No 41-G, Jalan Adenium 2G/7, Pusat Perniagaan Adenium, Seksyen BB5, Bandar Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.

Google Maps

Facebook




Comments

Popular posts from this blog

Minyak Zaitun Olivie 30x sebagai pelembap semulajadi Eczema

Masalah kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan yang melampau pada penghidapnya. Eczema, juga dikenali sebagai dermatitis, merupakan masalah yang menyebabkan kulit menjadi panas, kering, gatal dan bersisik. Antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada Eczema ini termasuklah: •Pemakanan tidak sihat (mengandungi perasa, pewarna, pengawet) •Penggunaan sabun •Keadaan cuaca yang panas •Kuat berpeluh •Air berklorin tinggi Dalam kes yang agak teruk, kulit penghidap Eczema akan menjadi terlalu merah dan boleh berdarah. Minyak zaitun berperanan sebagai pelembap semulajadi yang dapat melegakan kulit kering dan keradangan.  Jadikan minyak zaitun Olivie 30x sebagai losyen. Sapu losyen tersebut pada bahagian kulit yang kering. Minyak Zaitun Olivie 30x membantu memulihkan kulit dengan baik kerana ia mengandungi Hydroxytyrosol tahap antioksida yang tinggi dan bersifat anti-radang. Pastikan anda guna minyak zaitun Olivie 30x dalam rutin harian anda untuk dapatkan kulit yang sihat dan

Dapatkan Kulit Yang Cantik Dan Sihat Dengan Minyak Zaitun

Cantik Alami Dengan Minyak Zaitun Olivie  1. Mengatasi parut Parut terjadi apabila permukaan kulit luka, kesan terbakar, kesan pembedahan atau alahan buat kulit yang sensitif. Parut yang jelas akan mengurangkan tahap keyakinan seseorang. Minyak zaitun membantu memulihkan sel kulit rosak dan membantu menjana pembentukan sel kulit baru.Tuang minyak zaitun Olivie 30X sedikit ke tapak tangan. Sapu pada bahagian parut. Boleh dibiarkan semalaman dan cuci keesokan paginya. 2. Makeup remover Minyak zaitun Olivie 30X boleh digunakan untuk membersihkan makeup di wajah dan ia bebas dari bahan kimia. Anda hanya perlu membasahi kapas dengan sedikit minyak zaitun dan mengoleskannya ke makeup yang susah dihilangkan. Dijamin makeup anda akan segera bersih dari wajah. Selain menghilangkan makeup dengan baik ternyata minyak zaitun Olivie 30X ini dapat melembapkan kulit yang selama seharian tertutup dengan makeup. 3. Menghilangkan kelemumur Kelemumur berpunca daripada kulit kepala mengelup

Berikan Makanan Bernutrisi Untuk Anak

Memberikan makanan yang bernutrisi kepada anak-anak kita bukanlah suatu perkara yang sukar. Ia tidak memakan belanja yang mahal. Cuma apa yang perlu kita lakukan adalah MENUKAR CORAK PENYEDIAAN MAKANAN yang biasa kita berikan kepada anak-anak. Malah ia lebih menjimatkan kerana kita tidak terlalu bergantung kepada makanan yang telah diproses, dibungkus dan dijual di pasaraya besar. Kita boleh menyediakan dalam harga yang lebih murah dan kuantiti yang lebih banyak. Untuk mengubah corak penyediaan makanan, ibu bapa harus mendapat infomasi yang betul mengenai pemakanan. Ramai ibu bapa yang suka melihat anak mereka makan banyak ketika waktu sedang makan, tetapi dalam pada masa yang sama terlupa bahawa makanan yang diberikan mungkin tidak bernutrisi. Kita selalu ghairah melihat kuantiti makanan yang dimakan tetapi lupa tentang kualiti yang anak-anak kita makan. Biarlah anak kita makan makanan yang lengkap dengan karbohidrat yang tidak berproses (karbo kompleks), protein, minyak s